Surau Al Muttaqin Taman Equine


CERAMAH BULANAN @ 23 MAY 2008 (Jumaat)
May 20, 2008, 7:06 am
Filed under: Uncategorized

Penceramah : Al-fadhil Ustaz Sobri Bin Arshad

Tajuk : “Akhirat… Apa persediaan kita ?”

Masa : Selepas Solat Maghrib



CERAMAH BULANAN @ 12 MAY 2008 (ISNIN)
May 9, 2008, 3:56 am
Filed under: Uncategorized

Penceramah : Ustaz Solihin Muhyi

Tajuk : “Dulu, Kini & Selamanya … Islamkah Kita?”

Masa : Selepas Solat Maghrib



Mastika Hadis – Kuliah 08 May 2008
May 9, 2008, 3:50 am
Filed under: Kuliah

( kitab ini disalin semula dari kitab asal MASTIKA HADIS jld 1

oleh Ust Mohd Reza hj Kamaruddin Al-Banjari

tanpa menyunting satu hurufpun untuk memudahkan pembaca yang tidak boleh membaca Jawi )

KITAB MASTIKA HADIS jld 1

Bab Pertama

Sebenar-benar perkataan dan sebaik-baik jalan pimpinan

1. Daripada Jabir bin Abdullah Radiallahuanhu katanya: pernah Rasulullah SAW apabila berpidato merah menyala matanya,lantang suaranya, dan bersangatan marahnya, sehingga seolah-olah baginda seorang pemberi amaran yang menyatakan kepada angkatan tentera ( tentang kedatangan musuh ) dengan katanya : bahawa musuh akan datang menyerang kamu pada pagi-pagi hari dan ( mungkin ) pada waktu petang ; serta baginda bersabda :” ( masa ) aku diutuskan dan masa berlakunya qiamat seperti dua jari ini”, lalu baginda menyatukan kedua jari tanganya, jari telunjuk dan jari tengah, serta baginda bersabda lagi ; “ ( ketahuilah ) selain dari itu, maka sebenar-benar perkataan ialah kitabullah, dan sebaik-baik jalan pimpinan ialah jalan pimpinan Muhammad SAW dan ( sebaliknya ) sejahat-jahat perkara ialah perkara-perkara baharu ( yang diadalakan dalam Agama ), sedang tiap-tiap perkara baharu ( yang diadakan dalam Agama ) itu adalah bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah itu sesat”. Kemudian baginda bersabda lagi ; “ Aku adalah berhak menolong tiap-tiap seorang mukmin lebih daripada ia menolong dirinya sendiri, sesiapa yang meninggalkan harta bendanya maka itu adalah untuk waris-warisnya dann sesiapa yang meninggalkan hutang, atau orang yang kehilangan tempat bergantung maka terserahlah kepada ku menjaganya, dan akulah yang menanggung hutangnya”

Hadis riwayat Muslam dan lain-lainnya.

Hadis yang pertamanya ini mengandungi tentang

i. Gaya Rasulullah SAW semasa berpidato.

ii. Masa baginda diutus oleh Allah SWT dan saat berlakunya qiamat.

iii. Kitab Allah ( Al-Quran ) ialah sebenar-benar perkataan, dan jalan pimpinan Rasulullah SAW ialah sebaik-baik jalan pimpinan.

iv. Perkara-perkara baharu yang diadakan dalam Agama adalah seburuk-buruk perkara.

v. Keadaan Rasulullah SAW dengan orang-orang mukmin.

Huraianya:

Pertama : Gaya Rasulullah Saw semasa berpidato :

Tabligh ( tugas menyampaikan perintah-perintah agama ) adalah tujuan pokok dari perutusan Rasulullah SAW, manakala pidato adalah salah satu cara bagi baginda menjalankan tugas Tabligh, dengan jalan pidato, Rasulullah SAW menyampaikan perkara-perkara yang mesti disampaikan, dari perkara-perkara yang sekecil-kecilnya hingga kepada yang sebesar-besarnya, apakala keadaan menghendakinya.

Semasa berpidato, tergambar pada anggota-angota lahir Baginda kesungguhan hatinya mengenai apa yang hendak disampaikanya melalui pidatonya itu, lebih-lebih lagi pada perkara-perkara yang hebat, sepertti berlakunya qiamah. Baginda melafazkanya dengan suara yang lantang, merah matanya, dengan rupa marah nampaknya, seperti keadaan seorang panglima memerintah tentera, memberi amaran tentang serangan musuh, yang akan dating menyerbu entah pada waktu pagi atau petang.

Keadaan yang demikian adalah sangat mustahak untuk menarik perhatian dari seluruh ahli satu-satu rapat umum, kerana segala gerak-geri dan keadaan air muka pemberi pidato itu besar kesanya kepada mereka.

Kedua : masa baginda diutus dan saat berlakunya qiamat.

Meskipun masa berlakunya hari Qiamat tidak ada sesiapa yang mengetahuinya dengan tepat melainkan Allah, tetapi Rasulullah SAW telah menerangkan secara umum bahawa masa berlakunya Qiamat itu telah hampir.

Baginda membuat bandingan tentang kehampiranya itu, seperti hampirnya jari telunjuk dengan jari tengah, yakni antara dua jari itu tidak ada diselangi oleh jari lain, maka begitulah masa baginda diutus dengan masa berlakunya Qiamat, tidak ada Rasul yang membawa Wahyu yang lain yang menyelanginya; atau bezanya masa berlakunya Qiamat dengan masa Rasulullah SAW diutus adalah seperti beza panjangnya jari tengah dengan jari telunjuk.

Ketiga : Kitab Allah adalah sebenar-benar perkataan.

Benar : bererti tepatnya sesuatu yang disebut dengan keadaanya yang sebenar. Ketepatanya itu ialah apabila yang menyebut itu mempunyai pengetahuan yang luas meliputi segala hal keadaan yang dinyatakanya; pengetahuan yang sedemikian tidak dipunyai melainkan oleh Allah SWT.

Kitab Allah, kitab suci Al-Quranul Karim, antara lain mengandungi kisah-kisah kejadian yang berlaku, samada yang sebelum daripada masa turunya, semenjak zaman purba ataupun yang berlaku kemudian daripada masa turunya hingga hari qiamat.

Mengenainya perkara-perkara yang telah berlaku, Al-Qurannul Karim telah menceritakanya dalam keadaan yang terbuka kepada segala lapisan masyarakat, dan apa yang telah diceritakanya itu tidak ada sesiapapun yang yang menentangnya, dari golongan ahli pengetahuan yang jujur.

Demikian juga, mengenainya perkara-perkara yang akan datang, al-Quran telahpun menceritakanya, dan diantaranya ada yang telah berlakunya menjadi kenyataan sebagaimana yang diceritakanya dan setengahnya yang lain lahir ke alam nyata melalui kajian-kajian sains.

Ini adalah diantara bukti-bukti yang menunjukan bahawa kisah dan kejadian-kejadian yang tersebut dalam kitab Allah itu adalah benar, maka demikianlah pula mengenai bahagian-nahagian yang lain, seperti seperti bahagian hukum, bahagian pengajaran, dan seterusnya adalah semuanya benar belaka. Kitab allah adalah sebenar-benar perkataan, kerana ilmu Allah adalah meliputi segala-galanya.

Pimpinan Rasulullah SAW

Nabi Muhammad SAW diutus untuk memimpin umat manusia kejalan yang benar, yang boleh menyampaikan kepada matlamat kebahagiaan sejati, jalan pimpinan baginda adalah sebaik-baik jalan pimpinan kerana pimpinan baginda adalah dengan panduan Wahyu Malaikat yang diutus oleh Allah Azawajalla pencipta seluruh alam.

Dalam buku-buku karangan mengenai pemimpin-pemimpin dunia yang mashur, terdapat Nabi Muhammad SAW disebut dari jumlah mereka. Ya ! sungguh benar, baginda termasuk dalam jumlah pemimpin-pemimpin dunia yang terkenal, tetapi yang lebih benar ialah pimpinan Rasulullah SAW tidak boleh ditanding dengan pimpinan pemimpin-pemimpin dunia yang lain, yang dalam hal memimpin rakyat, mereka hanya berpandu kepada fikiran masing-masing yang sangat terbatas, dalam keadaan dan masa yang terbatas.

Keempat ; perkara-perkara baharu yang diadakan dalam agama.

Dimaksudkan dengan perkara-perkara baharu yang diada-adakan dalam agama itu ialah perkara-perkara yang menyalahi dengan maksud isi kandungan Kitab Allah, Sunnah Rasulullah SAW, Athsar Sahabat dan Ijmak Ulama’.

Perkara-perkara baharu yang demikian, itulah dia BID’AH yang merupakan jalan baharu yang menyeleweng dari jalan yang sebenar. Maka sudah tentu tidak akan sampai kepada matlamat kebahagian sejati. Kebahagiaan yang memang dikehendaki ini bukan sahaja dalam kehidupan dunia ini semata-mata, bahkan yang terutama sekali ialah kebahagiaan diakhirat kelak, dan jalan ke akhirat itu tidak sesiapa yang mengetahuinya dan tidak akan berhasil dengan cara diagak-agak dan direka-reka sendiri oleh sesiapa pun. Dengan sebab itu maka perkara-perkara yang menyalahi itu sudah tentu membawa bahaya yang besar, dan balasan yang seburuk-buruknya.

Kelima : keadaan Rasulullah SAW dengan orang-orang mukmin.

Sebagaimana yang sedia maklum bahawa tiap-tiap orang adalah berhak menjaga keadaan diri sendiri lebih dari orang lain, tetapi Rasulullah SAW berhak menjaga keadaan setiap orang mukmin lebih daripada orang mukmin itu menjaga diri sendiri.

Dengan sifat seorang pemimpin Negara dan pemimpin agama, yang membawa perutusan dari Allah SWT, baginda mencurahkan segala daya upaya, segala kebolehan dan segala perasaan untuk kebaikan umat didunia dan diakhirat, jauh sekali baginda melakukan kecuaian dalam menjalankan tugas untuk kebaikan, dan tidak sekali-kali baginda berusaha untuk kepentingan diri sendiri.

Diantara cara-cara baginda menjaga kebaikan orang-orang mukmin ialah kesanggupan baginda menjaga orang-orang yang kehilangan tempat bergantung, dan membayar hutang yang ditinggalkan oleh si mati yang tidak meninggalkan harta benda.



Forum Perdana Ehwal Islam (3 Mei 2008 -Sabtu)
April 30, 2008, 7:59 am
Filed under: Ceramah



Kuliah Maghrib @ 1 Mei 2008 (Khamis)
April 30, 2008, 2:01 am
Filed under: Kuliah

Kitab: Mustika Hadith

Penceramah : Ustaz Mohd Riza Kamaruddin

Masa : Selepas Solat Maghrib

Semua dijemput hadir.



Adab-adab Membaca Surah Al-Fatihah Dalam Solat : oleh Ust Mohd Reza Hj Kamaruddin Al-Banjari
April 30, 2008, 1:38 am
Filed under: Uncategorized

Bismillahirahmanirrahim.

Puji dan Syukur kedahrat Allah Aza Wajjala, Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw … ammabadu..

Surah Al-Fatihah merupakan salah satu dari 13 rukun solat. Persoalanya sejauh manakah kita memahami peri pentingnya bacaan surah ini dalam solat dan tahukah kita membaca surah ini ada peraturan-peraturan dan adab-adab yang tertentu agar solat yang kita dirikan itu tidak menjadi sia-sia kerana kita tidak menjaga adab dan peraturanya ketika kita mengerjakan solat.

Insyallah dalam kesempatan dan ruang yang terbatas ini saya utarakan seba sedikit panduan dan adab-adab yang wajib kita jaga dan pelihara serta kaedah-kaedah khusus membaca surah ini dalam solat kita mudah-mudahan ia memberikan manfaat kepada pembaya yang melayari blog ini.

Al-Fatihah adalah merupakan Rukun Qauli yang wajib kita baca dalam solat yang bwajib kita jaga jaga bacaanya dengan baik. Jika bacaan surah Fatihah kita tidak sempurna maka ia kan menjejaskan solat yang kita kerjakan samada dari hukum tajwidnya, sifat makhraj hurufnya serta baris nya. diantara adab-adab membaca al-Fatihah dalam solat yang perlu kita jaga adalah seperti berikut:

1. Surah Al-Fatihah ini mestilah di baca dalam keadaan berdiri bagi yang berkuasa dalam solat fardhu dan solat-solat sunat serta solat jenazah.

2. Wajib dijaga setiap makhraj hurufnya agar tiada yang tercicir dan tertukar dengan kaedah makhraj huruf dalam Lahjah Quraish. menurut Imam Nawawi r.a. sekiranya seseorang itu tertukar hurup dalam Fatihah seperti huruf DAD kepada DZA dalam kalimah WALADHALIN atau hurus SIN kepada huruf SAD dalam kalimah NASTAIN maka fatihahnya akan rosak dan solatnya akan BATAL.

3. Setiap baris-baris dalam Fatihah wajib dijaga dengan rapi terutamanya bari syaddu kerana dalam fatihah terdapat 14 tanda baris syaddu kerana jika tidak dijaga setiap baris huruf dan tanda barisnya ia akan mengubah makna pada perkataan dan ayat fatihah tersebut yang akan mengakibatkan Fatihahnya rosak.

4. Setiap perkara yang berkaitan penjagaan hurf dan tanda baris tersebut hendaklah dijaga dalam solat samada secara bacaan kuat ( jahar ) iaitu dalam solat subuh, maghrib, isya’ dan solat jumaat atau dalam bacaan senyap ( sir ) zohor, asar dan solat-solat yang lain.

5. Surah ini hendaklah dibaca secara terus menerus tanpa diselangi dengan perkataan-perkataan lain seperti doa, selawat atau zikir-zikir kecualai ketika selesai ” Waladhalin ” dibaca doa seperti yang diajarkan oleh nabi dengan doa ” Rabbiffirli wa liwalidyya ” sebelum disambung dengan kalimah ” Amin ” kerana kalimah amin bukanlah satu ayat dari al-fatihah.

6. Al-Fatihah wajib dibaca dengan jelas sehingga didengar oleh telinga sendiri dan jangan dibaca terlalu kuat hingga menggangu kosentrasi orang lain. TIDAK SAH jika fatihah dibaca didalam hati demikian juga dengan rukun-rukun qauli yang lain seperti takbiratul ihram, tasyahud akhir, selawat Nabi dan Salam yang pertama, kecualilah sekiranya ia dalam keadaan uzur seperti bisu atau dalam keadaan tidak boleh bercakap kerana ulser atau barah mulut yang darurat.

MASALAH :

1. Sekiranya seseorang itu tidak pandai membaca surah Al-Fatihah ia hendaklah membaca mana-mana ayat yang dia pandai atau sekurang-kurangnya membaca zikir-zikir yang memuji kebesaran Allah swt dan jangan sekali-kali ia membaca surah ini dngan terjemahan bahasa ibunda mereka kerana membaca fatihah wajib dalam bahasa arab.

2. Kedudukan Bismillahirrahmanirrahim dalam Fatihah.

Ada pelbagai pendapat mengenainya. apakah ayat Basmallah ini termasuk dalam surah Fatihah atau sebaliknya. Ada yang menyatakan bahawa kalimah Basmallah itu termasuk dalam setiap surah dalam Al-Quran kecuali surah At-Taubah yang dimulakan dengan kalimah BARAAH.

BEGITULAH HALNYA DALAM FATIHAH INI IA MERUPAKAN SALAH SATU DARI AYAT DALAM FATIHAH ini bersandarkan kepada maksud hadis Nabi saw ” Apabila kamu membaca Al-hamdulillah ( iaitu surah Al-Fatihah ), maka hendaklah kamu membaca Bismillahirrahmanirrahim, kerana ia adalah Ummul Quran ( ibu kepada al-Quran ) dan tujuh yang diulang-ulang, sedangkan Bismillahirrahmanirrahim adalah salah satu diantaranya”… hadir riwayat Addaraqutni dari Abu Hurairah ra.

bersambung…….



Forum Perdana 27-04-2008 (Ahad)
April 25, 2008, 3:29 am
Filed under: Ceramah

Forum Perdana Ehwal Islam Anjuran bersama Kerajaan Negeri Selangor & JAIS

Tajuk:MENJANA ISLAM SYUMUL DI KALANGAN UMMAH



KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI
April 19, 2008, 11:25 am
Filed under: Uncategorized

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah “Kapur!”, jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah “Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita
tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam
dari masa ke semasa.

“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.” “Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?” tanya Guru kepada anak muridnya.

“Baik untuk permainan kedua…” Gurunya meneruskannya……

“Cikgu ada Qur’an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?”

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..”Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.

“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. …”

“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merosakkan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka… Dan itulah yang mereka inginkan.” “Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita… ”

“Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?” tanya murid- murid.

“Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.” “Begitulah Islam… Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun”.

“Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang…”

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA
AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN
KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA
DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA
BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2
LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI
KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk
dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR



Ceramah Bulanan Oleh Ustz Dato’ Daud Che Ngah
April 19, 2008, 10:19 am
Filed under: Ceramah

Ceramah umum bertajuk “Kerosakan Aqidah Umat Islam Kini” akan diadakan pada:

Tarikh : 25 April 2008 (Jumaat)

Masa : Lepas Maghrib

Penceramah: Ustaz Dato’ Daud Che Ngah



Gotong Royong Kebun Buah Surau Al Muttaqin 20 APRIL 2008 (AHAD)
April 18, 2008, 9:18 am
Filed under: Aktiviti

Alhamdullillah, dua minggu yang lepas kita telah berjaya menyempurnakan fasa “pembersihan kawasan” & pada minggu yang lepas tidak kurang daripada 70 batang pokok buah-buhan sperti durian, rambutan, pulasan, mangga & jambu batu berjaya ditanam hasil gotong royong qariah surau kita. Insya’Allah minggu ini (seperti tarikh & masa dibawah) kita akan bersama-sama turun lagi sekali untuk menyempurnakan baki pokok yang masih belum ditanam & aktiviti pembajaan pokok. Diharap kawan-kawan dapat mengajak kawan-kawan yang lain mengajak kawan-kawan yang lain untuk turut sama dalam “future investment” ini. Insya’Allah

Tarikh: 20 April 2008 (Ahad)

Masa: 8:00 pagi

Wassalam